LukaCare
Untuk keluarga yang menjaga pesakit luka di rumah

Rawatan luka di rumah, tanpa perlu bawa pesakit ke klinik.

Jururawat dan MA kami datang ke rumah anda untuk mencuci dan membalut luka dengan modern dressing: luka diabetes, luka selepas pembedahan, bedsore dan luka kronik.

BermulaRM100 / sesi
Harga termasuk pengangkutan dalam kawasan liputan.

Menjaga orang tersayang yang ada luka memang meletihkan. Setiap kali perlu tukar balutan, pesakit perlu diangkat, dibawa ke klinik dan menunggu giliran. Bagi pesakit terlantar atau yang baru lepas pembedahan, perjalanan itu sahaja sudah satu beban.

Adakah ini situasi anda?

  • Pesakit terlantar atau susah berjalan, sukar dibawa keluar rumah.
  • Setiap kali tukar balutan, separuh hari habis di klinik.
  • Tidak pasti cara mencuci dan membalut luka dengan betul di rumah.
  • Risau tanda jangkitan terlepas pandang kerana luka jarang diperiksa.

Kami bantu supaya luka dijaga dengan betul, tanpa beban perjalanan.

Modern dressing di rumah anda

Modern dressing ialah rawatan luka menggunakan balutan moden yang dipilih mengikut jenis dan keadaan luka. Semasa lawatan, jururawat atau MA kami akan:

  • Menilai luka dan bertanya tentang keadaan pesakit.
  • Mencuci luka dan memakai balutan yang sesuai.
  • Membuat deslough jika perlu (sebagai add-on).
  • Menerangkan kepada keluarga cara menjaga luka di antara sesi.
  • Memaklumkan anda jika luka perlu dirujuk kepada doktor atau hospital.

Jenis luka yang kami rawat

Luka diabetes / kakiLuka selepas pembedahanBedsoreLuka kronik

3 langkah mudah

  1. 1

    Tempah

    Isi borang ringkas: jenis luka, saiz luka dan kawasan anda.

  2. 2

    Kami sahkan

    Kami balas melalui WhatsApp untuk sahkan slot, harga dan cara bayaran.

  3. 3

    Jururawat datang

    Jururawat atau MA datang ke rumah anda pada tarikh yang disahkan.

Kenapa keluarga memilih LukaCare

Kami datang ke rumah

Pesakit kekal selesa di rumah. Tiada perjalanan, tiada giliran.

Harga tetap ikut saiz luka

Anda tahu harganya sebelum sahkan. Pengangkutan termasuk dalam kawasan liputan.

Jururawat & MA berpengalaman

Pasukan kami biasa merawat luka diabetes, luka selepas pembedahan dan bedsore.

Keluarga turut dibimbing

Kami terangkan cara menjaga luka dan tanda yang perlu diperhatikan.

Privasi dijaga

Maklumat dan gambar luka hanya digunakan untuk rawatan, mengikut PDPA.

Harga rawatan luka

Ikut saiz luka. Termasuk pengangkutan dalam kawasan liputan.

Kecil< 5 cmRM100
Sederhana5 – 10 cmRM150
Besar> 10 cmRM200

+RM30 jika perlu deslough, prosedur atau produk tambahan.

Cara bayaran

Satu sesi: bayaran penuh untuk sahkan slot.

Pakej: deposit 50% untuk sahkan slot, baki dibayar semasa lawatan pertama.

Deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan atau tidak hadir.

Tempah rawatan luka

Janji kami kepada anda

  • Harga jelas sebelum anda sahkan.
  • Pengangkutan termasuk dalam kawasan liputan.
  • Semua butiran disahkan melalui WhatsApp sebelum kami datang.
  • Maklumat dan gambar luka anda dirahsiakan.
  • Kami berterus terang jika luka perlu dirujuk kepada doktor.

Setiap luka berbeza. Kami tidak menjanjikan tempoh sembuh, tetapi kami pastikan luka dijaga dengan betul pada setiap sesi.

Slot ikut jadual jururawat di kawasan anda

Bilangan jururawat di setiap kawasan terhad. Tempah lebih awal supaya lebih mudah mendapat tarikh dan waktu yang anda mahu.

Pernah guna LukaCare?Kongsi pengalaman anda. Ia membantu keluarga lain membuat keputusan. Panduan jururawatJaga kaki pesakit kencing manis, elak bedsore dan lagi

Soalan lazim

Kawasan mana yang anda liputi?

Kami ada di Utara, Selangor/KL dan Johor. Kawasan lain? WhatsApp kami dahulu, kami cuba carikan jururawat berdekatan.

Bagaimana saya tahu saiz luka?

Anggaran sudah memadai: Kecil (bawah 5 cm), Sederhana (5 hingga 10 cm), Besar (lebih 10 cm). Anda juga boleh hantar gambar luka melalui WhatsApp supaya jururawat boleh buat persediaan.

Apa yang perlu saya sediakan?

Tempat yang terang dan selesa untuk pesakit, serta ubat atau surat doktor yang berkaitan jika ada. Jururawat akan maklumkan jika ada perkara lain yang perlu disediakan.

Berapa kerap luka perlu dirawat?

Bergantung kepada jenis dan keadaan luka. Jururawat akan mencadangkan jadual selepas menilai luka. Untuk rawatan berkala, pakej lebih jimat.

Bolehkah saya tukar tarikh atau batal?

Untuk tukar tarikh, maklumkan kami melalui WhatsApp seawal mungkin. Bayaran atau deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan atau pesakit tidak hadir.

Adakah ini perkhidmatan kecemasan?

Tidak. Untuk kecemasan, hubungi 999 atau terus ke hospital.

Bila perlu terus ke doktor atau hospital

Jika luka disertai demam, bernanah, kemerahan merebak, berbau busuk atau tisu menghitam, sila jumpa doktor atau ke hospital dengan segera. LukaCare bukan perkhidmatan kecemasan. Untuk kecemasan, hubungi 999.

Biar kami jaga luka, anda jaga orang tersayang.

Isi borang ringkas, kami balas melalui WhatsApp.

Tempah rawatan luka

P.S. Tidak pasti sama ada luka sesuai dirawat di rumah? Tanya kami dahulu melalui WhatsApp. Anda boleh sertakan gambar luka.